Saturday, 15 December 2012
CADANGAN AKTIVITI SEMASA CUTI SEKOLAH
Ibu bapa sering kali buntu apabila menjelang cuti sekolah. Jika kita tinggal di kampung anak-anak agak bebas melakukan aktiviti kerana kawasan mereka luas. Mereka boleh bermain bola, memancing dan sebagainya. Bagaimana jika kita tinggal di rumah flat atau taman perumahan yang terbatas?
Di sini saya ingin memberi cadangan, iaitu bagaimana merancang masa cuti anak-anak anda?
1. Program melancong-itu semua orang tahu. Namun bagi yang kurang berkemampuan cukuplah pergi
ke tempat-tempat yang berhampiran.
2. Belikan set permainan karem, catur, dam aji atau ping pong. Biarkan anak-anak bermain di rumah.
3. Seminggu sekali ajak anak-anak berjoging di kawasan rekreaksi di bandar yang berdekatan. Jika di Batu Pahat kawasan Tasik Y sesuai untuk aktiviti keluarga.
4. Hantar anak ke kursus motivasi dan kecemerlangan.
5. Hantar anak ke sekolah pondok untuk tempoh sepanjang cuti untuk mendalami ilmu agama.
6. Yang ada kebun, ajak anak-anak ke kebun. Sediakan pondok yang selamat. Anda boleh tebas-tebas semak, anak-anak biarlah bermain. Dah itu dunia mereka, mana boleh kita halang.
7. Mereka boleh bermain game dan menonton televisyen, namun kenalah ada jadual. Jika tidak, maka apabila sekolah dibuka, mereka akan mengalami gangguan tak nak ke sekolah. Maklumlah sudah biasa happy.
8. Melawat rumah kerabat dan sahabat handai yang dah lama kita tak pergi. Biar anak-anak kenal saudara dan kawan-kawan kita. Raya tempoh hari agak terbatas, bukan semua rumah kita dapat pergi.
9. Menziarahi pusara datuk dan nenek dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Ini agar anak-anak sentiasa insaf, bahawa hidup ini hanya sementara.
10.Semasa cuti inilah kita dapat bersembahyang berjamaah lebih kerap bersama-sama ahli keluarga.
11.Adakan aktiviti melukis. Jemput amak-anak jiran sekali. Sediakan hadiah. Barang RM 2 pun sudah ok.
12.Ajak anak-anak ke kedai buku. Beli novel dan buku cerita.
13.Bawa anak-anak ke perpustakaan awam.
14. Kaum ibu kenalah rajin masak pelbagai resepi, agar cuti anak-anak tidak membosankan.