PROFIL


       Sekolah Kebangsaan Changkat Ibul (SKCI) merupakan sekolah luar bandar yang terletak di Kampung Changkat Ibul, berhampiran pekan Changkat Jering, Taiping, Perak. Keluasan tanah ialah 2.25 ekar. SKCI mempunyai sebuah blok utama 2 tingkat, yang merupakan bangunan pentadbiran serta mempunyai Pusat Sumber sekolah, Pusat Akses, Bilik Guru, Makmal Sains dan kelas tahun 1 dan 2,3 blok satu tingkat yang digunakan sebagai bilik darjah. Bilangan guru seramai 32 orang dan 6 orang staff sokongan. Sekolah ini boleh menempatkan maksimum 500 orang murid termasuk Pra Sekolah yang terdiri daripada 12 kelas ( 2 kelas bagi setiap aliran ).


          SKCI mempunyai 2 buah Pra Sekolah iaitu Pra 1 dan Pra 2, serta mempunyai makmal komputer yang mengandungi 32 buah komputer. SKCI masih mempunyai padang untuk melakukan aktiviti sukan walaupun saiznya tidak besar.